Wednesday 31 October 2012

BAHASA MALAYSIA

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MALAYSIA 2.
not
Apa yang perlu ada dalam karangan murid.

a.  Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan tajuk.
b.  Isi karanga mempunyai 4 perenggan. Perlu ada isi utama, huraian bagi isi dan  
     contoh sebagai bukti huraian anda.
c.  Perenggan pendahuluan dan penutup memadai dengan  2 ayat. Manakala perenggan
     isi  seelok-eloknya 3 atau lebih ayat.
d. Setiap karangan perlu ada kesinambungan. Penggunaan penanda wacana seperti oleh
    itu, namun begitu, oleh hal yang demikian dan sebagainya digunakan untuk
    menyambung isi.

FORMULA/TEKNIK

1.   TEKNIK : CERITA – Pengalaman / peristiwa / menyudahkan cerita

ABSDMBBP
APA
Merujuk pada peristiwa yang berlaku.
BILA
Bilakah peristiwa itu berlaku?
SIAPA
Siapakah yang terlibat dalam peristiwa tersebut?
DI MANA
Merujuk pada latar kejadian.
MENGAPA
Tujuan / sebab berlaku.
BERAPA
Bilangan yang terlibat (jika ada)
BAGAIMANA
Perjalanan peristiwa.
PENUTUP / PENGAJARAN
Penutup cerita / pengajaran.



2.   TEKNIK : CERITA – Kecelakaan / kemalangan

TBARSI
T – Tolong
Membantu / bantuan awal
B – Beritahu
Beritahu guru / ibu bapa / jiran
A – Ambulans
Telefon ambulans / hantar ke hospital
R – Rawat
Mangsa dirawat / ditahan
S – Simpati
Bersimpati dengan mangsa / menasihati / kata-kata semangat
I - Insaf
Akan berhati-hati / berjanji tidak akan buat lagi.



3. TEKNIK :  CERITA – Tindakan

  • Jika kemalangan – guna formula – TBARSI.
  • Jika cerita biasa _ guna formula – ABSDMBB


4. TEKNIK : TEMURAMAH – Kejayaan.
Sukan / pertandingan(mengarang/pidato/bercerita) / mereka cipta / perkhemahan / mengarang...

STPBPHN
S
Salam
T
Tujuan / Tahniah
P
Perasaan
B
Bagaimana
P
Pendorong
H
Harapan
N
Nasihat



5. TEKNIK : FAKTA – Faedah          
(membaca/melancong/kokurikulum/berkawan/berbincang/belajar/    
 pertandingan/bersukan/perkhemahan)

HMI DKSB
H – Hiburan
Mendapatkan hiburan.
M – Masa
Masa digunakan dengan berkualiti
I – Ilmu
Memperoleh ilmu
D – Disiplin
Mendisiplinkan diri – seperti mematuhi peraturan
K – Kesihatan / kawan
Apabila bersukan
S – Silaturahim
Mengeratkan silaturahim
B – Bahasa
Murid dapat memperkasakan bahasa...

  • HIBURAN MINGGU INI DI KUALA SEDILI BESAR

HIBURAN
Melalui kokurikulum, kita akan mendapat pelbagai hiburan. Apabila terhibur, kita dapat menghilangkan tekanan perasaan. Antaranya adalah melalui aktiviti kelab dan persatuan seperti Persatuan Seni Muzik dan Persatuan Bahasa Melayu.

MASA
Selain itu, apabila menyertai kegiatan kokurikulum kita dapat menggunakan masa dengan cara berkualiti. Dari situ, kita tidak akan berfoya-foya seperti berlumba motosikal ataupun berborak-borak kosong.

ILMU
Di samping itu, mereka yang menyertai kokurikulum akan memperoleh ilmu yang amat bernilai. Ilmu ini akan diperoleh seperti melalui aktiviti unit beruniform. Antaranya ialah cara-cara merawat orang sakit dan juga berkawad.
DISIPLIN
Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk kita  agar menjadi murid berdisiplin. Ini dapat dibentuk apabila kita dilatih menepati masa dan mematuhi peratuan-peraturan yang ditetapkan.

KAWAN
Akhir sekali, apabila menyertai aktiviti kokurkulum seperti perkhemahan ataupun sebarang pertandingan, secara tidak langsung kita dapat menambah bilangan kawan. Justeru, kita dapat berkongsi pengalaman dengan mereka.




HIBURAN
            Setiap orang perlukan hiburan. Dengan....... kita boleh .................... Apabila hati kita terhibur, kita dapat menghilangkan kepenatan dan merehatkan otak kita selepas belajar.


MASA
            Dengan ...... kita dapat memanfaatkan masa dengan baik. Jika tidak, masa tersebut mungkin kita gunakan untuk .......... Akibatnya, kita akan rugi dan gagal dalam pelajaran. Apabila ..... kita dapat mengisi masa dengan baik. Jika tidak, masa tersebut mungkin kita gunakan untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bercampur dengan budak-budak nakal atau menjadi kutu embun. Tindakan demikian, menyebabkan kita mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat.


ILMU PENGETAHUAN
            Apabila kita ....... pengetahuan kita akan bertambah. Pengetahuan yang kita peroleh meliputi bidang ........ dan .......... Segala pengetahuan yang kita peroleh boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di sekolah.

                                                ATAU
            Apabila kita...... pengetahuan kita dalam sesuatu bidang akan bertambah. Antaranya, kita dapat mengetahui tentang ......... Segala pengetahuan yang kita peroleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Dengan itu, kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.


DISIPLIN
            Jika kita berdisiplin, kita akan dapat menguruskan diri kita dengan sempurna. Aktiviti seperti menyertai kokurikulum, dapat melatih kita supaya hidup berdikari. Apabila dewasa nanti kita boleh menjadi seoranf pemimpin yang berjaya.
                                               
ATAU
            Sesuatu kejayaan tidak akan diperoleh dengan mudah. Ini memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi bagi mencapai hasrat tersebut. Disiplin yang tinggi boleh membentuk diri kita menjadi seorang insan yang disegani pada masa akan datang. Dengan itu, kita perlulah.......


KESIHATAN
            Dengan ........, kita akan menjadi sihat. Banyak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti................. Dengan badan yang sihat, kita akan menjadi cergas.
                                                ATAU
            Setiap aktiviti yang dilakukan dalam ........ boleh menyumbangkan kepada kesihatan diri kita. Apabila kita melakukan aktiviti tersebut badan kita akan sentiasa sihat dan segar. Dengan cara ini, diharapkan kita terhindar daripada diserang penyakit seperti kencing, sakit jantung atau darah tinggi.





6. TEKNIK – Surat Kiriman Rasmi

                        AGATTTITJ
Alamat penulis
Garisan
Alamat Penerima
Tarikh
Tajuk Surat
Isi
Tandatangan
Jawatan


7. TEKNIK – Surat Kiriman Tidak Rasmi.

ATAPIT
Alamat Penulis
Tarikh Surat
Alu-aluan
Isi surat
Tandatangan penulis


8. TEKNIK – Catatan

  1. Satu hari
7 JANUARI 2012
          
            6.00 pagi – idea
            8.00 pagi – idea

  1. Beberapa hari
7 JANUARI 2012 : Idea

8 JANUARI 2012 : Idea


9. TEKNIK – Berita

KOTA TINGGI, 27 Mac –
ATAU
KOTA TINGGI, Sabtu –
ATAU
KOTA TINGGI, Sabtu , 27 Mac -

a

No comments:

Post a Comment