Sunday 4 November 2012

Bank Soalan BM

KATA GANTI NAMA

1.”Tarian yang _______________ persembahkan di hadapan _______________  merupakan tarian istana       Melayu zaman silam,” kata Norli kepada pemberita.

A.       aku ...tuanku
B.       patik...tuanku
C.      saya...baginda
D.      hamba...baginda
(UPSR 2005)

2. “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada ______________,” kata Inang
    Suri kepada Tuan Puteri Mayang Sari.

A.       beta
B.       patik
C.      hamba
D.      tuan hamba
(UPSR 2006)

3. “Tolong telefon setiausaha ______________ apabila _______________ sampai nanti,”
    kata Dato’ Rauf kepada pemandunya.

A.       saya ...kita
B.       awak...dia
C.      kita... mereka
D.      kamu...awak
(UPSR 2007)

4. Menurut rakan Hashimah yang juga berjaya dalam pelajaran, antara faktor kejayaan
    _______________ adalah kerana kerap mengadakan perbincangan.

A.       kita
B.       saya
C.      kamu
D.      mereka
(UPSR 2008)

5. “Doktor Nora ada di klinik? Saya ingin berjumpa dengan _____________.” tanya Amran
    kepada jururawat.

A.       dia
B.       anda
C.      kamu
D.      beliau
(UPSR 2009)





6. “Tuan puteri, izinkan _____________ ke taman untuk memetik bunga mawar itu,” kata
    dayang kepada Puteri Intan.

A.       beta
B.       patik
C.      adinda
D.      kakanda
(UPSR 2010)

7. Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ______________ bertugas di hospital itu
    sejak tiga tahun yang lalu.

A.       Beliau
B.       Saya
C.      Dia
D.      Aku
(UPSR 2011)

8.”Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga _______________, “ kata dayang kepada
    Laksamana.

A.       beta
B.       patik
C.      tuanku
D.      baginda
(UPSR 2011)

No comments:

Post a Comment