Sunday 4 November 2012

Bank Soalan BM

KATA ADJEKTIF

1.Sejak kebelakangan ini badannya semakin ______________ kerana hilang selera makan.

A.       kecil
B.       nipis
C.      susut
D.      kempis
( UPSR 2005 )

2. Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu ___________.

A.       lebar
B.       besar
C.      labuh
(UPSR 2006)

3. Cikgu Hafiz menjelaskan bahawa rasa pisang itu ______________ kerana belum cukup
    masak.

A.       manis
B.       kelat
C.      pahit
D.      tawar
(UPSR 2008

4. Navin menekan loceng bas apabila ______________ tiba di pasar tani.

A.       jauh
B.       jarang
C.      hampir
D.      nyaris
(UPSR 2011)

5. Nenek ______________ akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampong.

A.       gembira
B.       rindu
C.      segan
D.      hormat
((UPSR 2011)

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

1.Fazrul tidak terdaya untuk _______________ meja yang berat  itu.

A.       menyanggah
B.       menongkah
C.      menekan
D.      menolak
(UPSR 2005)
                                            
2.Encik Chin sedang _________________ buluh untuk membuat sangkar burung.

A.       meraut
B.       melentur
C.      merincih
D.      menghiris
(UPSR 2006)

3.Encik Dahlan sedang ________________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan pelanggannya.

A.       menekan
B.       menekap
C.      mengecop
D.      mengecap
(UPSR 2006)

4.Pergerakan pemain bola keranjang yang ___________________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan.

A.       gopoh
B.       lincah
C.      goyah
D.      ligat
(UPSR 2008)

5.”Kerajinan penduduk desa ini telah memberi  _________________ kepada saya untuk memajukan lagi
    projek pertanian di sini,” kata pengurus projek.

A.       kepercayaan
B.       keutamaan
C.      dorongan
D.      pendapat
(UPSR 2009)

6.Kapal terbang itu selamat _________________ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

A.       berhenti
B.       berlabuh
C.      mendarat
D.      menggelongsor
(UPSR 2010)

         
7.Bangunan itu terbakar kerana terkena _______________ petir pada petang semalam.

A.       pancaran
B.       panahan
C.      silauan
D.      sinaran
(UPSR 2010)

8.Ramlan sedang _________________ air dari anak sungai yang berhampiran dengan kebunnya.

A.       mengangkat
B.       mencedok
C.      mengaut
D.      menadah
(UPSR 2011)

9.Papan yang sedang _________________ itu hendak dibuat sarung parang.

A.       dilorek
B.       dipahat
C.      digosok
D.      diketam
(UPSR 2011)


No comments:

Post a Comment